Saturday, June 11, 2011

sbt

esok dah balik sekola ! selamat datang result dan TRIAL :)
ble lahh nak habis bende alah nih semua

terima kasih sebab baca sampai habis

Thursday, June 9, 2011

surat :)

Surat Seorang Remaja Kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib

----------------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum Dato’ Seri.
...
Saya, Muhammad Muizzuddin bin Zaini. InsyaALLAH Julai nanti genaplah umur saya 19 tahun. Masih berbaki lebih kurang 2 tahun sebelum saya layak mengundi. Tetapi saya yakin dalam ruang demokrasi tidak pula mensyaratkan yang saya hendaklah berumur 21 tahun untuk melayakkan surat saya ini dibaca Dato’ Seri.

Dato’ Seri, saya ingin memperkenalkan diri sebagai remaja yang sangat ingin tahu. Keinginan saya ini menjadikan saya remaja yang tidak hanya terpaku di meja belajar semata. Saya mampu menonton berita hingga ke penghujungnya (tidak di bahagian Sukan semata).

Saya juga mampu membaca suratkhabar dari muka depan hingga ke muka akhir. Saya sering ‘singgah’ di laman-laman sesawang untuk melihat berita-berita yang tidak tersiar di media arus perdana. Saya juga remaja yang suka meladeni buku-buku yang tidak menjadi kegilaan kebanyakan remaja seusia saya.

Tidaklah pula saya katakan yang saya lebih tahu daripada Dato’ Seri, tidak. Saya cuma mahu tegaskan saya adalah remaja yang memerhati. Saya adalah remaja yang bukan kerjanya sehari-hari hanyalah makan, tidur, ‘menelan’ buku teks semata. Saya adalah remaja yang mengikuti rapat perkembangan-perkembangan semasa negara tercinta ini.

Izinkan saya Dato’ Seri untuk memberi pandangan saya. Pandangan seorang budak, seorang remaja. Mungkin Dato’ Seri fikir, apalah ada pada seorang remaja seperti saya. Justeru, suka untuk saya ingatkan pada Dato’ Seri yang InsyaALLAH kelak, kamilah yang akan membuang undi!

Dato’ Seri Najib yang saya hormati, memimpin sebuah negara bukanlah perkara yang mudah. Tidak pernah ia menjadi mudah, tidak boleh ia diambil mudah. Ia adalah persoalan besar dan penting. Persoalan yang diletakkan tinggi di dalam Islam. “Kepimpinan adalah amanah, celaan di dunia, dan penyesalan di akhirat”, begitu sabda Nabi SAW.

DASAR

Saya, yang tohor ilmu dan cetek pengalaman ini percaya bahawa setiap tindakan kita adalah bergantung kepada prinsip yang kita letakkan sebagai neraca asas. Bagi sesetengah orang, mereka meletakkan Demokrasi sebagai neraca asas mereka. Ada yang meletakkan kepentingan peribadi, atau kroni, atau Sosialisme, Liberalisme dan sebagainya. Bagi kita, seorang Muslim, neraca asas yang menjadi dasar pertimbangan kita tentulah ISLAM. Izinkan saya bertanya, apakah Asas Utama kepada setiap tindakan Dato’ Seri?

Apakah Islam? Atau Kepentingan diri, atau kroni, atau selainnya?

Maaf Dato’ Seri, kiranya jawapan Dato’ Seri bahawa asas bagi setiap tindakan Dato’ Seri adalah Islam (saya tak pasti jika Dato’ Seri akan memilih jawapan selainnya), maka saya ada beberapa soalan untuk Dato’ Seri.

Saya amat keliru dengan dasar Program Transformasi Ekonomi yang dibawa Dato’ Seri. Apakah ianya dirangka dengan neraca Islam atau selainnya. Justeru, saya mohon penjelasan Dato’ Seri.

Saban hari saya dan rakan-rakan menerima berita dari segenap pelusuk negara, sama ada dekat dengan kami atau jauh, remaja seusia kami yang MENGHILANG! Iya, ‘hilang’ nyawa kerana penggunaan dadah berlebihan atau kerana perlumbaan haram. ‘Hilang’ maruah dan harga diri kerana amalan penzinaan lewat pergaulan bebas. ‘Hilang’ akal kerana ketagihan ekstasi, pil khayal dan arak. ‘Hilang’ kewarasan hingga tergamak membunuh bayi kecil atau ditinggalkan di jalanan untuk menjadi habuan anjing dan hurungan semut. ‘Hilang’ kemampuan untuk menjadi barisan pelapis kepimpinan negara. ‘Hilang’ arah hinggakan nafsu ‘disembah’ sebagai Tuhan! HILANG Dato’ Seri, HILANG!

Saya begitu terkesan pada pesan Saiyidina Ali KWJ, “Lihatlah pada generasi muda, untuk menilai masa depan ummatnya”. Saya tergamam dan jadi takut Dato’ Seri, melihatkan rakan-rakan sebaya yang hanyut. Apakah sebegini hancur dan punahnya masa depan negara tercinta ini!?

PELAN TRANSFORMASI EKONOMI

Program Transformasi Ekonomi anjuran kerajaan pimpinan Dato’ Seri turut menggariskan perancangan untuk MENJADIKAN MALAYSIA SEBUAH HAB HIBURAN MALAM UNTUK MEMACU INDUSTRI PELANCONGAN. Di atas alasan untuk memperkasa industri pelancongan dan menarik pelancong juga kerajaan pimpinan Dato’ Seri merancang penubuhan kelab-kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan mempakejkan semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Kerajaan Dato’ Seri juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020. Penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012 akan menyusul. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.

Maka menjelang 2014 negara kita akan memiliki sekurang-kurangnya 10 kelab malam di zon hiburan. Rancangannya adalah untuk menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudkan lebih kurang 5,000 pekerjaan baru menjelang 2020. Bagi mencapai hasrat itu, kerajaan Dato’ Seri akan merubah beberapa peraturan hiburan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan malam.

Dato’ Seri juga berhasrat melonggarkan lagi syarat-syarat untuk persembahan artis luar negara. Dan kami telahpun menyaksikan bagaimana seorang penyanyi gay membuat persembahan, memuaskan nafsu remaja-remaja muda dengan kebenaran daripada kerajaan Dato’ Seri.

Izinkan saya ulangi soalan saya Dato’ Seri, apakah Islam diletakkan sebagai neraca timbangan ketika Dato’ Seri merangka, membentang dan membahas idea ini? Ataupun Dato’ Seri punya pilihan lain yang Dato’ Seri lebih suka untuk diletakkan sebagai neraca timbangan?

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri, apakah Dato’ Seri penuh sedar bahawa perancangan Dato’ Seri ini adalah perancangan ‘PEMUSNAHAN’ besar-besaran? Ini bukanlah pelan pembangunan ekonomi, ini adalah pelan ‘PEMUSNAHAN’ berskala besar yang akan menjadikan rakan-rakan seusia saya, remaja semuda saya atau lebih muda hancur musnah Akhlaknya, punah-ranah Sahsiahnya.

Iya, Dato’ Seri akan ‘menghancur’ dan ‘membunuh’ pemimpin masa depan, para cerdik pandai generasi akan datang dengan lambakan hiburan dan keseronokan melampau! Saya dan rakan-rakan bakal dihidang dengan acara memuas nafsu yang berterusan. Ini akan menatijahkan hanya satu Dato’ Seri, iaitu hilang upayanya kami untuk menduduki barisan kepimpinan negara suatu masa nanti. Atau apakah pada pandangan Dato’ Seri, yang kami akan menjadi lebih bijak dan pandai kiranya ‘menelan’ hiburan-hiburan ini?

IFF dan AURAT

Dato’ Seri, seolah-olah saya pernah mendengar Saiyidina Umar al-Khattab menegaskan, “Bahawa adalah kita, ummat yang dimuliakan Allah dengan Islam. Sesiapa yang mencari kemulian selain daripada Allah, maka akan dihina Allah”. Terasa-rasa seperti terdengar SA Umar bertitah demikian kerana ia begitu meresap masuk di hati ini.

Dato’ Seri, saya begitu kecewa dan terkesima jadinya waktu melihat Dato’ Seri dan isteri melangkah megah di Festival Fesyen Islam, Monte Carlo tempoh hari. Saya tak dapat mengawal hati untuk berteriak-teriak marah tatkala melihat gambar pakaian-pakaian yang diperaga atas nama “Kelembutan Islam” (Modesty of Islam) yang dinaungi oleh isteri Dato’ Seri dan pastinya dengan izin Dato’ Seri. Saya dan sahabat-sahabat terpinga-pinga dan tertanya-tanya apakah ini pemahaman Dato’ Seri dan isteri mengenai pemakaian di dalam Islam?

Saya dan rakan-rakan jadi jelak dan muak Dato’ Seri, maaflah. Waktu Dato’ Seri ‘bertempik’ berikrar untuk mempertahankan Islam dan Melayu, isteri Dato’ Seri tidak pernah berusaha untuk menyahut seruan suaminya sendiri. Isteri Dato’ Seri tidak pernah kelihatan menutup aurat dengan sempurna. Isteri Dato’ Seri berpeluk mesra dengan orang yang haram bersentuhan (bukan mahram) tanpa segan silu di khalayak ramai. Saya tertanya-tanya, apakah Dato’ Seri meredhai perbuatan isteri Dato’ Seri ini?

JUDI

Bukan sedikit kontroversi yang berlaku waktu Dato’ Seri mengumumkan pemberian lesen kepada syarikat-syarikat tertentu untuk mengurus perjudian sukan di Malaysia pertengahan 2010 lalu. Sukar untuk saya agak apakah harapan Dato’ Seri dengan pemberian lesen-lesen judi ini?

Apakah ini juga satu pelan meningkatkan ekonomi Malaysia? Apakah Dato’ Seri gembira dengan duit yang mencurah masuk, dalam masa yang sama kita melihat betapa hebatnya gejala buruk yang bakal timbul lewat perjudian?

Apakah Dato’ Seri meletakkan neraca BERKAT dan LA’NAT waktu mengemukakan cadangan ini? Apakah Dato’ Seri akan meredhai kiranya rakyat Malaysia memberi sesuap nasi kepada keluarga mereka dengan wang hasil judi yang mereka perolehi? Apakah budaya yang cuba dibentuk Dato’ Seri sebenarnya?

Apakah keputusan-keputusan ini ditimbang dengan neraca agama? Atau Dato’ Seri menggunakan neraca lain sebagai ganti?

KEMISKINAN dan HARGA NAIK

Dato’ Seri orang bangsawan. Keturunan bangsawan. Barangkali jika tidak jadi Perdana Menteri Malaysia pun Dato’ Seri tetap akan hidup senang-lenang mewarisi kekayaan. Menteri-menteri Dato’ Seri juga kaya raya.

Maka tidak kiralah jika hari ini minyak naik 10 sen, 20 sen, 50 sen atau RM 10 sekalipun, Dato’ Seri dan sekalian menteri tidak akan bersusah. Tidak perlu berjerih payah.

Tahukah Dato’ Seri, di celah-celah, ceruk-ceruk kampung atau kota, ada rakyat yang menderita lewat kebejatan ekonomi yang punah hasil ketirisan dan kelemahan pengurusan. Pengurusan yang tidak meletakkan Islam sebagai neraca dan Allah sebagai penilainya adalah pengurusan yang menghancur!

Dato’ Seri, saban hari saya melihat orang-orang miskin dan kesusahan. Tahukah Dato’ Seri, untuk menyekolahkan anak pun sudah membuatkan mereka terpaksa membanting tulang, berusaha keras, apatah lagi untuk menghantar mereka ke menara gading (yang PTPTN lebih menghimpit daripada membantu).

Kadang-kadang, apabila anak-anak yang bersekolah meminta wang lebih untuk buku rujukan tambahan, si ibu atau bapa terpaksa menghulur dalam titis air mata. Sudahlah hutang yuran persekolahan pun masih belum dilunas. Bukan sedikit keringat yang dicurah demi sesuap rezeki halal untuk anak-anak dan keluarga.

Kerajaan Dato’ Seri jangan terlalu bergantung kepada statistik dan kajian untuk menilai kemampuan rakyat. Selamilah sendiri penderitaan rakyat yang terseksa dan merana kerana sistem ekonomi yang menyiksa. Setiap kali harga minyak atau keperluan utama naik, meski sekadar 10 sen atau 20 sen, mengalirlah air mata rakyat yang menanggungnya.

Rakyat benar-benar tersiksa sekarang. Janji tinggal janji, janji tidak pernah dipenuhi. Janji itu dan ini sekadar untuk meraih undi. Waktu menang nanti kami rakyat sudah dilupai. Tinggal kami bermatian berusaha keras sendiri.

SUARA RAKYAT

Waktu rakyat turun ke jalanan berdemonstrasi untuk meluahkan rasa yang terbuku di hati dan berkongsi pedihnya kehidupan dengan Menteri-menteri yang berkuasa, Dato’ Seri menghantar pada kami ‘perusuh-perusuh’ yang membantai tulang lemah dan daging kurus kami. Kami dibelasah dan diinjak-injak umpama binatang korban, umpama tak punya maruah. Kami diherdik dan dicaci. Kami disimbah dengan air kimia yang saya yakin, Dato’ Seri sendiri tidak pernah rasai pedih dan peritnya.

Dan menteri-menteri Dato’ Seri tanpa rasa bersalah menggelarkan kami sebagai perusuh yang cuba menggugat keselamatan negara, beruk-beruk di jalanan yang cuba menarik perhatian.. kalaulah mereka yang menuduh melulu itu bisa memahami pedihnya hati ini.

Semuanya adalah kerana kami rakyat yang mahu berkongsi rasa dengan pimpinan negara. Sudahlah pilihanraya dijalankan dalam keadaan penuh keraguan dan ketidakadilan, ruang media yang disekat, tangan dan kaki kami rakyat diikat, maka ruang kecil untuk bersuara di jalanan inilah, ruang untuk kami menyampaikan rasa pada pemerintah dan pemimpin kami. Sekadar ruang kecil untuk kami bercerita dan berkongsi betapa peritnya kehidupan yang kami rakyat lalui.

Pernahkah Dato’ Seri pedulikan suara kami? Pernahkan selain daripada tarikh pilihanraya Dato’ Seri menjadi begitu cakna pada kami? Pernahkah waktu pandangan rakyat yang tidak menguntungkan Dato’ Seri diambil peduli? Pernahkah Dato’ Seri?

Dato’ Seri bertindak sungguh responsif setiap kali adanya himpunan-himpunan rakyat. Melalui Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Dato’ Seri memastikan kami rakyat yang berhimpun tidak akan berjaya berhimpun dengan aman dan baik. Media di bawah kawalan Dato’ Seri juga menggunakan segala maklumat yang ada untuk memburuk-burukkan kami. Ulama’-ulama’ yang bernaung di bawah Dato’ Seri juga menggali hujah-hujah agama demi membuktikan tindakan kami bersuara adalah bercanggah pada sisi agama.

Dato’ Seri, saya sungguh kecewa dengan setiap tindakan ini. Bukankah perhimpunan anjuran Dato’ Seri pada setiap malam menunggu detik Kemerdekaan dan Awal Tahun Baru, ribuan malahan mungkin ratusan ribu rakyat termasuk golongan muda-mudi datang menyertai. Akhbar arus perdana jugalah yang melaporkan tangkapan demi tangkapan kerana berkhalwat, kerana dadah, kerana berkelakuan tidak sopan pada setiap kali sambutan-sambutan anjuran Dato’ Seri. Apakah pernah himpunan rakyat membantah ketidakadilan dan mahukan sedikit keadilan, pernah menjadi penyebab anak-anak muda ditangkap khalwat?

Dan pernahkah Ulama’-ulama’ muda yang bernaung di bawah Dato’ Seri itu menegur Dato’ Seri kerana program jamuan nafsu tersebut. Tetapi menegur himpunan rakyat yang bersuara sebagai Bughah (derhaka) dan menuju Maksiat!?

REFORMASI

Saya dan juga rakan-rakan adalah remaja muda yang punya sikap, punya pendirian. Kami berazam untuk mengubah keadaan ini Dato’ Seri. Kami berazam dan bertekad bahawa seluruh diri kami akan diperguna untuk memperbaiki keadaan punah ini.

Kaedah merubah itu 2 Dato’ Seri. Pertama, nasihat agar berubah. Kedua, kira gagal, UBAH sendiri. Nasihat sudah saya berikan. Pandangan sudah saya sampaikan. Rakyat lain juga begitu, isyarat sudah mereka sampaikan.

Jika sampai masanya untuk kami membuat pilihan, dan keadaan tidak lagi pulih, percayalah Dato’ Seri, kami sudah membuat pilihan sekarang untuk siapa yang layak menerima undi kami nanti.

Tidak cukup dengan itu, saya dan rakan-rakan, kami adalah remaja muda yang penuh tenaga dan kekuatan. Kami akan gerakkan massa suatu hari nanti agar pentadbiran, pengurusan, pemerintahan, kewangan dan sistem kehidupan yang meletakkan Islam, Keadilan, Kesejahteraan, Keamanan sebagai asas, akan beroleh tempat tertinggi di negara ini.

Dato’ Seri, saya tidak mengancam. Tidak pula mengugut. Saya mengingatkan. Kerana inilah tanggungjawab saya sebagai Mu’min. Bukankah sesama Mu’min itu bersaudara?

Dato’ Seri, mungkin surat ini akan sampai kepada pengetahuan Dato’ Seri, mungkin juga tidak. Kiranya ia sampai ke pengetahuan Dato’ Seri, saya dahulukan dengan permohonan maaf kerana mungkin ada kesilapan saya. Maklumlah, saya remaja muda, mungkin ada silap dan salah pada lenggok bahasanya. Saya juga berterima kasih, iyalah, orang sesibuk Dato’ Seri meluangkan masa untuk mengambil perhatian pada surat saya ini, itu adalah satu penghormatan buat remaja seperti saya.

Namun Dato’ Seri, kiranya ada pada surat ini ataupun tindakan-tindakan remaja muda seperti kami ini yang mungkin lantang menyatakan pendirian hingga mungkin Dato’ Seri terguris hati, kami tidak memohon maaf untuk itu. Kerana Dato’ Seri, INI MEMANG ADALAH PENCAK KAMI!

Sekian, terima kasih.

p/s - p/s : Salam alaik. Sila sebar-sebarkan untuk tatapan setiap remaja dan rakyat Malaysia yang inginkan perubahan. Demi ISLAM kita berjuang..!!
 
Terima kasih sebab baca sampai habis . May Allah Bless .

terima kasih sebab baca sampai habis

Wednesday, June 8, 2011

sepetang bersama mereka








nih sebenanya time makan beradab THARIQ . aQ over excited sebab time makan beradab rumah sendiri taka de so rasailah keseronokan makan beradab nehh . HAHA . tah apa apa kann . nih buat sayangg KISAS lebih

terima kasih sebab baca sampai habis

Monday, June 6, 2011

just the way you are

 BRUNO MARS

Oh, her eyes, her eyes make the stars look like they're not shinin'
Her hair, her hair falls perfectly without her tryin'
She's so beautiful
And I tell her everyday

Yeah, I know, I know when I compliment her, she won't believe me
And it's so, it's so sad to think that she don't see what I see
But every time she asks me do I look okay?
I say

When I see your face
There's not a thing that I would change
'Cause you're amazing
Just the way you are

And when you smile
The whole world stops and stares for awhile
'Cause girl, you're amazing
Just the way you are

Her lips, her lips, I could kiss them all day if she'd let me
Her laugh her laugh, she hates but I think it's so sexy
She's so beautiful
And I tell her everyday

Oh, you know, you know, you know I'd never ask you to change
If perfect's what you're searching for, then just stay the same
So don't even bother asking if you look okay
You know I'll say

When I see your face
There's not a thing that I would change
'Cause you're amazing
Just the way you are

And when you smile
The whole world stops and stares for awhile
'Cause girl, you're amazing
Just the way you are

The way you are
The way you are
Girl, you're amazing
Just the way you are

When I see your face
There's not a thing that I would change
'Cause you're amazing
Just the way you are

And when you smile
The whole world stops and stares for awhile
'Cause girl, you're amazing
Just the way you are, yeah

aura tengah angau lagu nehh . tah ape ape kann .  sebenanya ade history lagu nihh . semua start dengan kyda lahh . dedicate lagu nihh kat aQ . sebab bruno mars ! siapakah bruno mars ? HAHA . nak gelak guling-2 pon ade kalau tengah bayangkan siapa bruno mars tuhh . adoi penyakit hati nehh . astaghfirullah . hee . dan sekarang saje jea lpost lagu neh <3

terima kasih sebab baca sampai habis

Sunday, June 5, 2011

cake

ape daya merepek lahh nihh ? ? letak gambar cake banyak2 . hee sebabnya daya dah siapkan project addmath berkaitan cake ! hoorey . aura bahagia kann

terima kasih sebab baca sampai habis

Friday, June 3, 2011

selamatHARItua

fadzlina fuad
mesti fadz ingat daya lupa kann bdae fadz
tak pernah lupa lahh
tapi time hari tuhh bdae physics
serius kepale tak betol time tuhh
emm
HAPPY  BIRTHDAY to you
may Allah bless u alwiz
sayang fadz lahh
tak pernah lupe kenangann kte time dulu2
haha
lot of love 
alang rainbow

terima kasih sebab baca sampai habis

kerjaGILA



saya rindu awaklah !! pedulilah ape awak nak cakap .
gambar lame 
kenangan berhabuk ponn
pedulik ape
ade benda nak kasik dalam locker tuhh
dari hari tuhh tak terkasik
tak tahu ble timing sesuai
semua jadik awkward
kalau betul saya sala
saya dah mintak maaf
ikhlas dari hati
tapi saya tunggu kemaafan awaak
malam tuh yang saya salam awak 
siyes saya rasa bahagia
tapi saya kene sedar kott
tuh kebetulan jea
tak ape lahh
awak hidup baik2 ye


terima kasih sebab baca sampai habis

Thursday, June 2, 2011

story

ini bukan satu kisah , bukan jugak satu cerita ! nih hikayat seorang budak yang masih dalam perjalanan mencari . . .

all the thing start time satu kolej nih sibuk dengan gelombang book fair . yelah budak kolej tuh kan semuanya rajin membaca . so , macam2 caralah yang diaorang buat asal kolej bagi kebenaran pergi sana .
satu malam , time nih masa kat surau . time orang bagi tazkirah . eh tak2 . time tuh MC baru nak bukak majlis . ala macam tengah briefing lahh , budak tuh berbual lahh dengan kawan dia . the one yang dia sayang jugaklah kat kolej tuh sebab selalu bagi inspirasi kat dia . kawan dia nih KP yang baru jea balik dari book fair tuhh . so dah bole agaklah perbualan tuh berkisar pasal ape kann ? ? 
"weh kau beli buku ape jea tadi ? ? "
"banyak lahh jugak , tapi yang paling best beli novel Hlovate baru ! "
"cerita ape lahh ? ? "
"Contengan Jalanan . tapi aku pon tak habis baca lagi "
"serius ke nihh ? ? mestilah nakk ! collection tuhh ! "



dan budak tuhh pon sibuk lah cari mana2 budak yang nak menyinggah kat PWTC nun sana ! :)
finally budak dorm dia merangkap budak yang salu lepak kat katil dia rela hati nak tolong belikan sebab dia pon nak jugakk !
-i dedicated this TQ to nor ain atiqah-
naik cuti hari pekerja bersamaan 2 mei , maka semua pelajar ponn balik lahh ke kolej tersebut dann . . 
" ain , nak novel "
"ambil lah ! dalam beg sane "
tapi budak tuhh bukan terus bace novel tersebut . ambil terus masuk simpan dalam locker . konon jihad kecil tak nak baca novel tuh dulu . reason dia senang jea . sebab bahana midyear . midyear punye aura sangat kuat kotttt
3 mei , start paper english dan sejarah
4 mei , 5 mei , 9 mei , 10 mei , 11 mei addmath , 12 mei physics , 14 mei , 15 mei
sibuk dengan teacher's day preparation . sekali tiba2
" weh akak kau datanglahh "
"ye jea ? bohonglahh . tadenye dia nak datang "
" betul ! dia siap tegur aQ lagi "
maka berlarilah keluar budak dari dewan nak tengok kesahihan cerita 
-dedicated this TQ to mimi jalman sebab tolong percayakann budak tuhh-
wahh ! betul lahh . kak ain datang . serius time tuhh budak tuh sangat terharu sebab dia TAKK pernah ade pelawat since dia jadik warga kolej tuhh ! tapi jumpa ponn sekejap jea sebab akak dia rushing nak hantar kak dayu balik rumah . yang sedihnya novel contengan jalanan di bawa hangkut sekali balik rumah . tapi tak apelahh mid year pon kan tak habis lagi . next week kak ain datang dia bawaklahh balik novel tuhh kann
18 mei - aura bahagia jawab chemist
19 mei - sikit disaster , tapi dia dah try the best 
nak tahu takk , time hantar jea paper 3 bio , tiba2 berkaca lahh mata budak tuh memandang kann nih lahh mid year last dia sebagai budak sekolah . as in white baju kurung , blue kain saring and white scarf . . . nampak lahh budak nih sangat emosi kann ? ? benda kecik pon nak touching kann . . . tapi kalau korang betul kenal dia , dia nih memang emosi habisan lahh 
oke back to the story . . .
mid year dah habis dan sepatutnya budak tuhh dah boleh bukak kan novel dia . tapi ingat takk ? ? kan novel dia ade kat kak aian , so macam mane dia nak baca kann ? ? nampak gaya kenelahh tunggu hari sabtu nihh .
orang dulu2 selalu cakap , penantian itu satu penyeksaan 
dan memang betul lahh budak tuh pon dah aura terseksa nak tunggu hari sabtu . 
maka sabtu pon tiba dan datang lahh kakanda tercinta dengan membawa CONTENGAN JALANAN . tapi kaorang rase dia baca teros takk ?















. . . T-A-K ! dia tak terus bace . hari ahad petang lepas study bio baru dia bukak buku tuhh . no wonder kann ? ? ?
dan petang tuhh . . 
Februari 2004. . . this is bout FEND
than bout k squared
zupp . . sesungguhnya cerita tuhh sangat menyentuh hati kecil budak tuhh . even effect dia sangat mendalam .
" the man who decided to change on 12th hour died on 11th "
sampai sekarang benda tuhh berlegar legar dalam cerebrum dia
agak2 empat takk dia berubah macam chad ? sebab sekurang kurangnya perasaan menyesal tak terbit kalau di takdirkan mati sebab sempat kembali ke fitrah semulajadi kita iaitu kembali mentauhidkan ALLAH dengan tauhid rububiyyah , uluhiyyah dan asma' wassifat .
ya Allah , sempat dan masih ade lagi takk masa lagi untuk dia berubah ? ?
habis jea baca cerita tuhh
" tasneem , nak pinjam hadis 40 "
" ouh bole , jap ea "
" nah take care tao "
" oke "

Hadis 40 Imam Nawawi . kenapa benda alah nih yang dia capai dulu lepas habis baca novel tuhh ? ? sebab dia terkesan . kenapa ? sebab sepatutnya sebagai orang Islam , Hadis 40 sepatutnya dah hadam cerna dahh dalam diri . kan hadis tuhh basic as a Muslim . macam hadis pertama dalam hadis 40 iaitu pahala amal bergantung pada niat . nampak takk betapa niat tuhh sengat penting dalam setiap amalan kita ? ?
dan sekarang budak tuhh baru habis baca 8 hadis dan cuba untuk cerna betul2 . 
tak nak lahh ngaku Islam tapi asas utama islam tuhh sendiri pon tak kukuh lagi .
sometimes , kita kene tengok something in positive way . tak semua cerita kat novel tak boleh pakai tak boleh ambil pengajaran . tapi kalau dah cerita cinta jiwang karat tuhh memang lahh tak boleh pakai . buat rosak hati dan perasaan dengan benda yang tak sepatutnya bercambah dalam diri seorang muslimat seawal usia 17 . senang cakap , cinta pada Allah dan rasul pun tak lunas sepenuhnya . kadang2 cinta pada parents dan family pon aci endah tak endah jea , kenapa berani sangat konon ank beri cinta kap sesuatu yanag tak pasti . kat jantina lagi satu ? ? sampai saat nanti , Dia tahu mana yang terbaik untuk kita . 
sebenarnya budak tuh tengah peringat kat diri sendiri jugakk . sebab kan Allah pernah berfirman , " wahai manusia , kenapa kamu tidak kerjakan apa yang kamu perkatakan ? "jadi semua nih berbalik kat diri sendiri jugakk .
--> dalam al-Quran banyak watak yang digambarkan oleh Allah , ada watak hitam , putih dan kelabu . tapi kenapa kita selalu rasa bahawa kitalah watak putih yang digambarkan oleh Allah . sedangkan kalau kita refleksi balik diri kita , layak kahh kita digelar , " wahai orang2 beriman " sedangkan pada masa yang sama kita tak sedar kitalah watak hitam dan kelabu yang digambarkan oleh Allah di dalam al-Quran . jadi sepatutnya kita kene sedar bahawa kita hanya makhluk yang di ciptakan dari titisan air mani yang hina yang banyak melakukan kekhilafan . dan jangan lahh kita sombong untuk bertaubat kembali kepadanya . 
sebenarnya budak tuhh pon dah tak larat nak menaip . akhir kalam dia melahirkan ras asyukur yang tak terhingga kepada ALLAH sebab bagi jugak dia peluang untuk berubah
terima kasih Hlovate :)








terima kasih sebab baca sampai habis