Friday, October 28, 2011

ohoi

dah merepek repek kan tajuk ? tak tahu nak tulis tajuk ape . tapi tahu nak tulis isi ape . err random . adoi nape hati neh rase macam entahlahh . susah nak terjemah . hui ayat memang bm A+ lahh kan . err entahlahh .

pagi tadi pergi kubur ayah . alang alang dah balik rumah tuhh , cuti lama pulak , so pergilah kubur ayah . baca yassin sikit . haii memang sekarang tengah musim hujan , jadik tanah dia lembik lahh sikit . emm dengan lalang pon agak tinggi , memang sedaplah nyamuk ambil darah aQ . dah lahh badan neh memang kalah dengan nyamuk . habis penuh merah kena gigit . sabar jea . tak apalahh . nasib baik tak hujan .

lepas balik kubur tuh singgah yoli kejap nak laminate kertas yang untuk MPC . bagos kann ? so memang lepas neh aQ punya kerja dah siaplahh tinggal bahagian KT tampal2 kat tempat yang sepatutnya . balik tuhh terus mandi dan online kejap . err shiro suruh mohon utp . emm utp ? nak ke tak ek ? tak minat lah engineering . macam tak sesuai jea dengan aQ nehh ! dah lah physics lembs gila . boleh ke ek ? emm lepas dah tanya pendapat orang . rasa beli jea lah dulu , mana tahu kann kalau ada rezeki . dann no wonders kalau mana tahu sebenarnya tuh lahh course yang palinggg sesuai dengan budak keras kepala neh sorang . Allah jea tahu semua :)

sekali ibu balik dari sekolah . dah happy happy nak cakap dengan ibu , nak mohon utp . sekali pulakk ibu bawak keluar cerita sedihh . HUWAAAA ! again saya tak dapat pergi medan toba sebab time tuhh still lagi paper BAHASA ARAB TINGGI . nak ikut ! mana tak sedihnya , before nehh nak pergi Aussie tak boleh sekarang pon tak boleh jugakk ? ibu mula mula tak nak pergi sebab nak hormati aQ ambil exam , then aQ cakaplah . . . tak ade motif ponn kalau ibu tak pergi bolehh support daya , bukan ibu ade kat klang ponn kann , so sama jea ? ibu pergilah , daya tak kesah pon ! doa kat mana mana kalau ikhlas makbul jugakk . lagi doa ibu untuk anak dia <3

haii kalau ikut hati memang nak meleleh , tapi kenalah jadik kuat sikit ! kat rumah kannn , kalau nangis seronoklah kena sakat dengan kak ain dengan opiq kann . mana boleh ! then shiro ade call tadi . macam macam bendalahh story , sekali tiba tiba dia tanya pasal malam tuhh ? kenapa aQ nangis kuat sangat ? malam mana ? alah malam yang 'budak cakap tak serupa bikin' tuhh mengayat semua orang .

sorilahh , kalau aQ memang tak boleh terima apa yang faiz cakap . mungkin orang cakap aQ tengok dari side yang berbeza kott . tapi serius malam tuhh hati aQ memang patah dengan kata kata dia . seriusly memang pedihlahh . bayangkann kalau apa yang dia cakap memang betul terjadi , then senang senang cakap kita nehh anak yang . . .dia tak rasa babe . macam mana kw kene jemput dengan makcik kw balik sebab ayah kw meninggal , macam mana kw nak cerna benda alah tuhh dalam otak kw ble dengar berita tuhh dan masa tuhh yang mampu cuma jatuh terduduk peluk warden kw jea ? rasa pain bila kw balik rumah jenazah ayah kw still tak sampai lagi dan tengok rumah sangat penuh dengan orang . makcik makcik kw nampak kw terus peluk kw sebab tak nak kasik kw collapse . kw tak rase derrr , kw cakap memang senang . buat jalan cerita tuhh memang mudah . dan nak salahkann orang atas peristiwa cerita yang kw cerita tuhh memang as easy as A B C . tapi derr kw tak rase perasaan yang sebenar . the real pain . faiz , kw memang buat aQ rase aQ neh teruk sangat ke en ? ayah aQ tak pernah tengok kejayaan aQ tao! dah lahh aQ malas nak egt balik . huh ! penat wawa pujuk aQ malam tuhh . sampai nak bangun punn dah tak larat tawu . kw buat ape lepas tuhh ? kw boleh gelak gelak sebab kw rase kw dah berjaya . tapi kw sedar takk dalam masa yang sama , kw dah buat sorang manusia hampir nak jadik macam dia yang baru lepas kehilangan ayah ? ? ? rasa PATAH SEMANGAT ! faiz kw tak tahu . so better kw jangan buat main benda alah nehh !































HUH ! tutup cerita tuhh , petang tadi balik kampung . lama kott tak singgah sana . last time raya kott .lama lah jugak kat sana , tapi before pukul 6 dah balik dah sebab kena ambil adik kat sekolah agama . kalau lamabat nanti bising pulak puteri tuhh sorang HAHA . dan tadi balik beli satey , sekali terserempak dengan mak uda pak uda . terus diajak makan sama sama . HAHA seronok jea . bak kata kak ain macam lama sangat dah tak jumpa , padahal hari hari kot jumpe . ehhe .

oke lahh cerita dah habis , wayang dah tutup . till then:)

*tak ada gambarlahh , malas nak masuk kann
terima kasih sebab baca sampai habis

buat kerja

salam semua :)
good morning everyone :) HAHA pagi yang hening ada burung berkicauan air terjun menderu deru . cehh ! ayat memang tak boleh blah habis kann ? err sebab teruja sangat . yelahh hari neh bangun awal kott ! mana taknya time nak tidur pon boleh terbayang bayang mpc kelas tak buat lagi . semalam KT aQ dah tanya mcm mana dengan kelas . huh ! nampak tak aura PKT berdedikasi sampai tak boleh tidur fikir masalah MPC . poyos gila ! HAHA

nasib baik dah siap . alah tak susah mana ponn buat benda alah tuhh , *sebab dah siap boleh lahh cakap :) emm dah pukul 8 ponn patutlah rasa perut dah main jidur . ape ? jidur ? aah jidur and i miss that lol !

tak tawulahh nak cerita ape ? saje merepek pagi pagi nehh sebab tak ade kawan , semua pakat tidur . aQ kat rumah nehh pon sorang jea , ibu dengan ira memang kena pergi sekolah . kak ain dengan opiq still kat dreamland lagi

cerita pasal smurf nakk ?

malam tadi pakat tidur lambat layan cerita nehh ! sumpah best gila . HAHA sampai lupa time tuhh tengah text . sori bal aQ lupe kw tengah cerita kat aQ . punye lahh aQ teruja tengok cerita nehh . sori sangat . emm ape yang paling amazing pasal cerita nehh ialah . . . smurf ada mata yang sangat cantik ! seriuss !

tak de lahh pulak gamba mata smurf . emm tapi rumah dia ponn cantik jugakk :)*ayat buat sedap hati . emm tak pelahh kann ! yang penting cerita dia banyak moral values . oke lahh dah tak tahan sangat . gonna go to the breakfast . see then :)
terima kasih sebab baca sampai habis

di saat aku di talkinkan

Assalamualaikum wr wb
Sebak dada bila membaca cerital ni....but its good ...
Semoga kita insaf dan menjadi pelajaran. InsyaAllah...

Hari berganti hari.Keadaanku semakin tenat.Tubuhku terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa aku di tempatkan di sini.Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah,lalu bertembung dengan lori balak.

Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa.Pandanganku kabur.Tidak dapat ku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku.Aku terasa dada ku teramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi.Derita sngguh.nafasku sesak.

Tiba-tiba tanganku di pegang kuat."Mengucap sayang,,mengucap........Asyhaduallailahaillallah........."ucapan
itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan.Itu suara ibu.manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil,manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku,manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil.

"Bagaimana dengan keadaannya doktor?"Aku amati suara itu.Pasti itu suara abang.Mungkin abang baru sampai. "Tenat",jawab doktor dengan ringkas. "Itu kata doktor bang,jangan berserah kepada takdir sahaja.Kita perlu usaha". Sudah seminggu aku terlantar di wad ini,kenapa baru sekarang abang menjengah? datang lah ke sini,aku ingin berbicara denganmu. datanglah..... Tapi mataku.......semakin gelap.Adakah aku sudah buta? Tidak!!!!Aku tidak mahu buta.Aku masih ingin melihat dunia ini. "Sabarlah dik,banyak-banyak ingatkan Allah."Abangkah yang bersuaraitu? Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kaulafazkan,abang.Tolonglah adikmu ini.Tolong bukakan mataku.

"Tekanan darahnya amat rendah". sayup sayap kedengaran
suara doktor.Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak.Ibu,kau hanya mampu menangis saja.dan bila tiba saatnya,kita akan berpisah.Tapi,ibu.....aku tidak mahu berpisah denganmu.Tolonglah ibu,selamatkan lah daku. "Yassin......".bacaan yassin terngiyang-ngiyang di telingaku.Aku tahu itu suara abang.Tetapi kenapa aku di perdengarkan dengan suara itu???

Apakah aku sudah menghampiri maut???????Aku takut!!!!!!! Sedetik lagi sakaratul maut datang.Sedetik lagi izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut datang.Aku di ambang sakaratul maut...... Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada.Ketika itu,aku tidak ingat apa-apa lagi.Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku.Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut.

"Tolong ibu,tolonglah aku,
aku takut".Tapi rintihan ku tidak di pedulikan.Apa mereka
semua sudah pekak? Aku di lambung resah,gelisah dan penuh kesah.Keluhan dan rintihan "Panas,dahaga,haus,panas........".tapi tiada siapa pun yang peduli.Nenekku datang,"Nenek...........". "Kau dahaga cu,kau lapar cu,mahu air??Ini gelas penuh air madu,kalau cucu mahu masuk syurga,minum air ini".

"Ibu......".
Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya.
" Ini ibumu.Air susu ini membesarkanmu, nak.Buangkan
islam, matilah dalam agama yahudi.....".
Ayah.......kau datang ayah.......".
"Matilah dalam agama yahudi anakku.matilah dalam agama nasrani Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga". "Nenek....ibu.....ayah......suara kau kah tadi??Kenapa kau berubahlaku??Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku?? "Mengucap sayang,mengucap.Asyhaduallailahaillallah......".Ucapan
itu diajukan sekali lagi ke telingaku.Itu suara ibu.Tapi lidahku sudah menjadi kelu.

Manusia-manusia berjubah hitam datang."Mari ikut kami". manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau,katanya"Mari ikut kami".cahaya putih datang.datang hitam. Datang sinaran kuning.Cahaya merah datang ."Apa ini,apa ini?.Akulah sakaratul maut.......!!!!!!". Kedinginan menjalar,merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku di selimuti sejuk.dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku. "Hai jiwa yang keji,keluarlah dari kemurkaan Allah.......".Aku tersentak.Roh ku berselerak di dalam tubuhku.Lalu,innalillahi wainnailaihi rajiuun.... Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya.

Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku,seperti bau sampah
yang amat busuk. "Apa yang busuk ni?Tak adakah orang yang mengangkat sampah ni?Ah,busuknya,hanyirnya,hancingnya......".

"Assalamualaikum......".
"Siapa yang memberi salam itu?".
"Aku".
"Kau siapa wahai pemuda???".
Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku.Aku tidak
pernah melihat orang yang sehodoh,sekotor,dan sebusuknya di dunia ini.rambutnya yang tidak terurus,baju yang di pakai berlumut hijau,kuning,coklat dan entah apa-apa warna lagi,dari lubang hidung,telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar.Tanpa di pedulikannya......jijik,loya,aku rasa........teramat loya melihatnya.

"Kau tak kenal aku?".
"Tidak,jawabku tegas.Mana mungkin aku kenal kau sehodoh
dan sejijik ini".
"Aku sahabatmu,kau yang membuat aku hari-hari".
"Bohong!".Aku menjerit sekuat hati.Biar semua penghuni wad
ini mendengarnya.
"Aku tak kenal engkau!Lebih baik kau pergi dari sini".
"Akulah amalanmu yang keji..........".

Aku terdiam.Aku tidak mampu berkata apa-apa teringat kini,semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu.Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia,akan di jelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti. Oh!Tuhan,aku banyak dosa.Aku memang lalai,cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan.Solatku kerana kawan,dan bukannya ikhlas kerana Allah.Pergaulanku bebas,tak kenal muhrim ataupun tidak.tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat.Apa yang aku harus lakukan!!!!! Surah yassin yang abang pegang di letakkan di atas dahiku.Aku melihat kaklong dan kak ngah menangis.Aku juga lihat mata abah bengkak. Tiba-tiba badanku di sirami air.Air apa ini?????

"Tolong....sejuk!!!!Kenapa air ini berbau air kapur barus.Tolong jangan tekan perutku dengan kuat,sakit!!!!Kenapa ramai orang melihat aku???Aku malu.....malu.....malu......!!!!!!".
Aku di usung ke suatu ruang.Aku lihat kain putih dibentangkan.Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu.kapas di bubuh di celah-celah badanku.Lalu aku di bungkus satu demi satu dengan kain itu. "Nanti,tunggu!!jangan bungkus aku.Kenapa kalian semua buat aku macam ini?Tolong rimas....panas........". Kemudian aku di letakkan di suatu sudut.Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkanku.Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama.Tapi kenapa aku di sembahyangkan?

Bukan kah aku boleh sembahyang sendiri?
Aku teringat kata-kata ustazku dahulu.
"Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan".Dan kini
baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir,ruku',sujud dan tahiyyat. Aku di angkat perlahan-lahan kemudian di letakkan di dalam kotak kayu.

Kotak apa ini?"Aku di usung oleh enam orang termasuk ayah
dan abang.Aku diusung setapak demi setapak". "Al-Fatihah!"Keengaran suara tok imam.Kelihatan ibu,kak long,kak ngah dan lain-lain mengekori di belakang.tapi kemana dia bawanya aku?". Nun jauh di sana,kelihatan tanah perkuburan kampungku. "Ke situkah aku dibawanya?Tolong turunkan aku,aku takut!!!!!!". Setibanya di tanah perkuburan,kelihatan satu liang yang besaiz dengan jasadku.Beberapa tangan memegangku,dan aku di turunkan ke dalam liang itu. "Perlahan-lahan",aku terdengar suara tok imam memberitahu."Tolong keluarkan aku dari sini!Aku seram!!!".Kini aku berada di dalam liang kedalam enam kaki.Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku.

"Tanah apa ini?".
"Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah".
"Innalillahiwa innailaihi rajiuuun.......Dari Allah kita datang,dan kepada Allah jualah kita kembali". Kedengaran bacaan talkin dari tok imam."Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar,siratul mustaqim itu benar,syurga dan neraka itu jua benar........".Sayup sayap aku terdengar tok imam terus membaca talkin,tetapi makin lama makin hilang.Pandanganku makin ,makin kabur dan terus tidak kelihatan.Tubuhku terasa telah di timbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang di lemparkan ke atasku.Terasa semakin gelap dan ......aku kini keseorangan.

"Nanti!Nanti!Tolong!Tolong ayah,ibu!Jangan tinggalkan aku seorang.Aku takut!!!Gelap!!!Panas!!!Tolong !!!! THIS IS A GOOD STORY BUT THE AUTHOR LEFT OUT ONE MOST IMPORTANT THING IN DEATH..... "SAKITNYA SAKRATUL MAUT ITU ADALAH UMPAMA SERIBU PEDANG YANG AMAT TAJAM MENGHIRIS DAGING DAN TULANG SERENTAK...DAN SAKITNYA HINGGA KE AKHIRAT."

terima kasih sebab baca sampai habis

Thursday, October 27, 2011

ibu

IBU SAYA DAN JUGA IBU ANDA SEBENARNYA PENIPU!!

Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.


Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : "Makanlah nak ibu tak lapar." PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.


Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.


Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.


Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.


Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki." PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.


Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit" PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.


Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.


Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." . PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN


Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu
"SEMOGA MENJADI TAULADAN".... :(

terima kasih sebab baca sampai habis

keh keh

salam semua
setelah berhari duduk rumah . finally dapat jugakk hari neh berjalan . huh ! memang extreme penat gila lahh . huie . tapi oke lahh enjoy kann ? sampai lupe yg spm less than 20 days dahh . orang lain balik rumah sibuk study , cik puan neh sempat lagi meronggeng , siap neok movie lagi pulakk . HAHA . neok celita ape tadi ? emm REAL STEEL . memang superb lahh cerita tuhh sampai aQ ponn boleh beriye gila time tengok para robot tuhh berlawan . HAHA dah rasa macam budak kecik ponn ade jugakk

lets da picture talk ! over lahh
nehh hero !

 ambush

noisy boy

nehh paling superb ! atom :)
over excited takk ? alah didi dah lama kott tak neok movie tuh jadik macam gini sikit . HAHA bak kata faramal ! ( cenggini cenggitu ) seronok dia sakat aQ selalu . hee
balik singgah tesco beli sikit barang barang nanti nak balik hostel kann . tadi dalam kereta memang best lahh sebab dapat rasa bond siblings tuh sangat kuat . dah besar cam nehh baru dapat rasa feel dia . yelahh zaman gaduh gaduh dah tak ada kann , kalau ada ponn setakat gurau gurau gary . HAHA . tadi ibu belanja makan pizza . memang best lahh . perut memang lapar gila time tuhh . memang makan banyak lahh kan , sampai kak ain cakap banyak gila aku makan . hee . sorilahh bukan senang nak makan pizza kat klang . err memang tak susah tapi ongkosnya pakk !
dalam kereta bual bual lahh pasal zaman kecik kecik dulu . ade ke patut dulu aku punyalahh gila tengok drama sepanyol sampai sanggup pergi sekolah agama lambat . kelas start 330 , 330 baru gerak dari rumah sebab baru habis cerita . kalau tak silap time tuhh tengah hot cerita rosalinda . hee . sukati jea kann . dah lahh jalan kaki pergi sekolah memang komfem komfem lambat lahh kann ? ?  lepas tuhh time darjah enam kot kalau tak silap . HAHA neh lagilahh teruk . semata mata tengok cerita bawang merah bawang putih sanggup kena tahan kat pintu gate sebab datang lepas habis perhimpunan . punyelahh konon otai gila kann . mana tak nya dah aQ penolong ketua pengawas kat sekolah agama time tuhh . engat lagi , ustazah azizah cakap mcm nehh , "tak pe lambat asal pergi sekolah" kira okelahh kann still pergi sekolah lagi ? ? 

dapat jumpe gambar rosalinda yang nehh jea lahh :(

siska dengan alya HEHE

HAHA seronok lah dulu dulu . serius . nehh kejap jea dah nak habis sekola . adoii ! 


kesempatan nehh nak jugak lahh buat open wish untukk ----->
SYIRO
HUWAINI
AFIFAH
WAK LEE
SITI
AKEM
SYAJA
KHOIR
AINI
sape ekk lagi ?

emm happy birthday , may ALLAH bless you always :)
neh jea mampu kasik

sorry sangat 

hee tak sabarnya nak graduasi . huii setelah 2 tahun berkorban , the right time bakal tiba jugakk :)

i think my head is so dahh berat dan perlu rehat . esok nak bersihkan kipas . ohh teringat mpc kelas . tadi dah kene sound dengan KT . okelahh sampai sini enn . salam

terima kasih sebab baca sampai habis

Monday, October 24, 2011

haha

mintak DIARI sebijikk ! amekk kao . HAHA
terima kasih sebab baca sampai habis

Friday, October 21, 2011

A for ? ? A+

salam semua !

HAHA setelah berkurun tak menari nari tangan atas lappy , alhamdulillah , hari neh , sempat jugak sampai kat rumah dengan selamatnya . ouh my gucci ! asal entry macam nak gempak sangat tuhh ? entahlahh semangat membuak buak lepas macam macam terjadi kat sekolah . dengan mula mula start spirit tuh datang lepas dah aku jajni dengan pengetua . tahniah KU ! anda memang seorang KU yang sangat berdedikasi . then cerita pergi morib dan seribu satu macam peristiwa kat morib yang akhirnya berjaya menyatukan hati hati semua pelajar batch 56 . Alhamdulillah , setiap kesusahan mesti ada jalan kesenangan kann ? see sekarang Allah uji batch kita dengan macam macam ujian sebab mana tahu Allah nak bagi satu ganjaran kejayaan yang sangat luar biasa hebatnya . siapa tahu kann ? who knows ? only Allah knows the best

dengan semalam perjumpaan batch terbesar yang akhirnya kami masing masing cuba untuk berubah ke arah kebaikan . yes ! changing for good is not a crime . terasa pedas jugaklahh dengan kata kata budak kelas aQ tuhh sorang kann . macam rasa , ehh dia tuju kat aQ ke enn ? ? tapi betul lahh , kita tak akan sedar apa silap kita selagi tak ada orang tegur , and thats what a friend suppose to do . ingatkan kawan dia sebab memang dah fitrah setiap manusia tuhh pelupa . enn didi janji untuk menjadi lebih baik for da sake of my future :)

oke sambung balik cerita kita . A untuk A+ . hee nak sangat dapat 11 A+ tuhh kalau boleh . tapi nothing is impossible kann . kalau kita berhajat dan kita berusaha semampu yang mungkin dan dengan izin-NYA , tak ada yang mustahil kann ? huh . oke result trial dah keluar , so far Alhamdulillah . trial JPS better dari trial SBP . tapi kann teringat kata kata seorang budak kat atas meja shiro dalawi . HISTORY is not equal to FUTURE . takot kann ? ya ALLAH tak semesti kalau sekarang dah dapat result oke , nanti time spm sapa tahu kann . so sekarang memang masa kne strive dan tri ignore lagi satu a tuhh . alahh mcm ignore answer dalam addmath tuhh kann . huh ! didi boleh punye . okelahh dah rasa malas . salam nunyte
terima kasih sebab baca sampai habis

Sunday, October 2, 2011

nak tulis ke takk ?

memang rasa macam malas gila lahh nak tulis , tapi memandangkan esok nak balik , tak apalah . spent kejap masa kat belog . satu hari yang seronok sepanjang berada di rumah ! memang home sweet home :) menulis lahh kejap sementara tengah tunggu video di buffer
balik rumah kali neh memang dah aim tak nak bukak buku pon memang hajat dah tercapai ponn . paling paling pon pegang buku phy sebab nak suruh fotostat . HAHA teruk takk ?


cerita hari sabtu en ?
jadi anak dara yang teruk hari neh sebab bangun lambat . hee sorilahh semalam dekat pukul 2.30 baru tido gara gara tertekan button 393 . One HD kalau dah tayangkan Running Man , sapa tak nak tengok kann ? HAHA last last tidur luar sebab malas nak masuk bilik ! bangun bangun ibu cakap , ibu masak nasi lemak ! hoorey sedap kot . cepat cepat gosok gigi kemas apa yang patut , then sarap . emm lepas tuh tak ada buat apa punn , tengok tv sampai dekat pukul 1 . HAHA . tengok cerita BArbie and The Swan Lake . even pernah jea tengok cerita tuhh . saje habiskan masa menonton . sekali time nak solat zohor tuhh ibu tanya , nak ikut tak pergi jemputan ? apa lagi cakap jea lahh nak


oke stop sampai situ malas nak meleret nak tido dah nehh . hee tadi tengok movie thailand . apa tah cerita dia ? yang aQ tahu aQ nangis teresak esak . tah macam rasa ouch gila . fuhh emosi terlebih bak kata kak ain .


esok for the first time ade orang hantar sampai larkin . tuh over excited tak sabarnya . oke lahh light off dulu . selamat malam semua ! bye :)
terima kasih sebab baca sampai habis