' ikhlas itu , ibarat semut hitam , di atas batu yang hitam , di dalam gua yang gelap , pada waktu malam '
renovate sikit quote yang dapat tadi , rasa macam lagi mencabar kann ? okee nampak tak betapa susah nya nak cari sebuah harga keikhlasan ? oke kalau pening sangat nak faham ayat kat atas tuhh , jum kita bayangkan sama sama yee :)
bayangkann , , ,
korang ditugaskan untuk mencari seekor semut hitam , pada waktu malam kat dalam gua . bayangkann ea , susah tak nak jumpa semut tuhh ? nak jumpa sekawan semut *ehh betul ke penjodoh bilangan nehh ? ponn susah , ape lagi nak cari seekor semut kann ?
sebab itu ikhlas diumpakan seperti itu , okee orang selalu claim macam macam cakap , aku ikhlas nak bagi kat kau nehh , nak bagi ke ape ke , tapi mereka sedar tidak bahawa ikhlas bukan datang daripada mulut , tapi daripada sebuah hati . nak datang daripada hati ponn sebenarnya susah sebab mungkin benar kita ikhlas , atau sudah mula unsur riya' mengambil tempat di dalam hati kita kann ?
sebenarnya cakap pasal ikhlas nehh sebab tadi masa aku kerja , aku saja saja menyibuk kat kelas darjah 3 , pastuhh aku pandang sorang sorang , memang rasa sayang sangat kat dia orang tuhh semua , lagi lagi kalau yang darjah 3 sayang kot kat adib , irfan , izzan , miza :) dah lah semua comel comel , tadi boleh pulak aku tanya dia orang semua sorang sorang , penat tak , best tak tapi soalan yang paling menarik ialah
balik tuisyen nanti buat ape ?
no wonder budak darjah 3 boleh cakap , solat lahh dulu , Allah marah orang solat lambat lambat nehh , haiih memang sentap sebab aku budak besar tak pernah fikir macam tuhh masa aku umur besar tuhh .
pastuh tanya lagi , , ,
tuisyen penat takk ?
*sebab gaya adib memang macam dah tak boleh bukak mata langsung dahh :)
penat penat , tapi nak belajar kena ikhlas
lagi sekali sentap :)
emm aku fikir balik , agak agak semua benda yang aku buat hari neh ikhlas takk ? tadi masa aku gaduh gaduh dengan ira tuhh , ikhlas ke aku nak bagi nasihat kat dia ? ke aku dah terdengar bisikan syaitan . masa aku nak tulis entry ikhlas ke niat aku ?
huii memang sentap kann ? jumm kita fikir sama sama balik apa yang kita dah buat sepanjang hari nehh ? ikhlas takk ?
emm kesempatan nehh nak cakap , say NO to valentine !
No comments:
Post a Comment